Kami warga SK Batu 15, Sibu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.
Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.
Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang.
Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan.
Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.
KAMI WARGA SK BATU 15 BERSEDIA DAN AKAN MENIMBANGKAN APA JUA YANG DIKEMUKAKAN KEPADA SEKOLAH BERKAITAN DENGAN PELAKSANAAN PIAGAM PELANGGAN INI.