lencana sekolah lencana sekolah lencana sekolah
Pengenalan Latar Belakang Kurikulum Ko-Kurikulum Pautan Buku Pelawat
+ Sejarah
+ Lencana
+ Pelan
+ Enrolmen
+ Misi
+ Visi
+ Falsafah
+ Matlamat
+ Objektif
+ Ikrar
+ Piagam
+ Lagu Sekolah

Sejarah Sekolah

   Sekolah Rendah Kerajaan Batu 15, Sibu, telah diinisiatifkan oleh penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Pasai Bon, sebuah perkampungan kaum Iban, kira-kira 26 km dari Bandar Sibu.
   Pada tahun 1957, SRK Batu 15 telah dibina di Pasai Bon dengan cara bergotang-royong. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mentadbirkan sekolah tersebut. Pada masa yang sama, Majlis Luar Bandar Sibu juga bekerjasama dalam mentadbirkan sekolah berkenaan. Apabila terbina sebatang jalan raya baru merentasi kawasan Pasai Bon, penduduk Pasai Bon telah sepakat bersetuju untuk memindahkan lokasi sekolah ke pinggir jalan tersebut iaitu di kilometer 15 (Batu 15), Sibu. Tanah tempat sekolah tersebut telah dihadiahkan oleh Encik Ngelambai ak Umbit dengan keluasan kira-kira 4 ekar. Kerja-kerja membina sekolah tersebut telah diseliakan oleh Encik Ngelambai ak Umbit bersama dengan Encik Bennedict ak Epiee dan apabila siap dibina, ia telah diserahkan kepada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu.
   Pada tahun 1959, atas kerjasama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dengan Jabatan Pelajaran, sebuah bangunan baru, sebuah dewan makan, dua buah kelas bersama sebuah bangunan asrama sekolah telah dibina. Pentadbiran sekolah dijalankan oleh Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Jabatan Pelajaran dan Komiti sekolah. Pada tahun 1970, sebuah kem tentera telah dibina di Batu 14, Jalan Ulu Oya, Sibu. Dengan pertambahan kemasukan kanak-kanak ke sekolah berjalan begitu pesat, rundingan telah dibuat agar sekolah tersebut dapat dipindahkan ke dalam kawasan kem tentera. Walau bagaimanapun asrama sekolah masih dikekalkan di tapak sekolah lama dan murid-murid asrama berulang-alik dengan perkhidmatan feri sekolah yang disediakan oleh pihak tentera hingga ke tarikh 25 Mei 2002.
   Maka, mulai bulan Jun 2002, pihak Jabatan Pendidikan Bahagian Sibu menyediakan perkhidmatan bas sewa untuk murid-murid asrama ke sekolah.

© Sekolah Kebangsaan Batu 15 All rights reserved.
Reproduction in whole or in part in any form or medium without permission from Sekolah Kebangsaan Batu 15 is prohibited