![]() |
![]() |
![]() |
Pengenalan | Latar Belakang | Kurikulum | Ko-Kurikulum | Pautan | Buku Pelawat |
|
Kata Aluan Webmaster
Bismillahhirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Terlebih dahulu saya memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan yang terdapat di dalam laman web ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Saya sebenarnya tidak pernah mengikuti kursus komputer apatah lagi kursus membina laman web. Apa yang terdapat di dalam laman web ini adalah hasil rujukan saya terhadap laman-laman web yang pernah saya lawati. Setelah saya mengkaji, apa yang penting untuk sesebuah laman web selain daripada isi kandungannya ialah kecepatan muat turun sesebuah laman. Oleh itu, saya cuba untuk membina laman web yang tidak begitu berat bytenya tetapi inilah hasil usaha saya. Saya pernah terfikir untuk menggunakan flash tetapi seperti yang diberitahu tadi, saya hanyalah seorang 'beginner' dalam komputer dan sudah tentu hasil yang menggunakan flash hanya mencacatkan laman ini. Saya juga terfikir untuk memperlihatkan laman web yang crowded tetapi saya terfikir mengenai kecepatan muat turun laman terbabit, jadi terpaksalah dibatalkan sahaja. Seorang kawan pernah berpesan untuk memanipulasikan imej di dalam laman web agar kelihatan cantik, tetapi saya tidaklah tahu bagaimana untuk memanipulasikan imej kerana pengetahuan mengenai membina imej hanyalah sekadar asas sahaja. Begitu juga dengan penggunaan dhtml ataupun javascripts. Semoga anda semua berpuas hati seadanya dengan kandungan yang dipaparkan. Segala cadangan dan kritikan bolehlah dihantar ke emel saya. |
© Sekolah Kebangsaan Batu 15 All rights reserved.
Reproduction in whole or in part in any form or medium without permission from Sekolah Kebangsaan Batu 15 is prohibited