lencana sekolah lencana sekolah lencana sekolah
Pengenalan Latar Belakang Kurikulum Ko-Kurikulum Pautan Buku Pelawat
Pengenalan
+ Kata Aluan Guru Besar
+ Kata Aluan Pengerusi PIBG
+ Kata Aluan Webmaster
+ Peta Web
Pengenalan

   Selamat Datang ke Laman Web Sekolah Kebangsaan Batu 15 versi 1.3. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk melawat ke laman ini. Laman web ini dibina dengan menggunakan notepad.exe dan imej dibina menggunakan adobe photoshop® 6.1. Animasi flash yang dilihat di sebelah anda dibina dengan menggunakan swish 2.0. Anda boleh melihat peta web untuk ke laman yang anda ingini.

   Sekolah Kebangsaan Batu 15, Sibu mempunyai sejarah yang lama. Sekolah ini terletak di dalam Kem Oya 3RRD di Jalan Ulu Oya, kira-kira 30 km dari pusat bandar Sibu dan 10 minit dari Lapangan Terbang Sibu. Sekolah Kebangsaan Batu 15 merupakan sekolah gred A dan satu-satunya sekolah rendah di dalam kem yang mempunyai asrama. Sekolah ini mempunyai seramai 39 orang kakitangan termasuk 31 orang guru. Murid-murid di sekolah ini dianggarkan seramai 400 orang sahaja termasuk 70 orang murid beragama Islam.

   Sekolah Kebangsaan Batu 15 mempunyai 17 buah kelas untuk murid-murid, sebuah makmal sains, sebuah makmal komputer dan sebuah bengkel kemahiran hidup. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di ruangan pelan.

   Sebarang masalah atau pertanyaan berhubung dengan laman web ini mahupun mengenai sekolah bolehlah dihubungi melalui emel ataupun no. telefon sekolah iaitu 084-214332 ( waktu pejabat sahaja )

© Sekolah Kebangsaan Batu 15 All rights reserved.
Reproduction in whole or in part in any form or medium without permission from Sekolah Kebangsaan Batu 15 is prohibited